PANTUN TEKA


Tumbuh merata bunga angsana,
        Dipetik  ramai  si  anak  mami,
Alam tercemar angkara durjana,
        Adakah damai penghuni bumi?

Pokok baka terjaga juga,
        Tasik biru amat dalam,
Bencana menimpa pasti terjaga,
        Watan bersatu menjaga alam.

Cantik ayu baju kebaya,
        Merian dibuat serang hendak
Tanah melayu kaya budaya
        Mengapa rakyat menjaga tidak?

Adab larang tauladan diri
        Kampung halaman selalu dipinggir
Manusia sekarang lupakan diri
        Kerana zaman warisan dipinggir